Qurban Kemboja 1446H/2025
DAGING HANYA DIRASAI SETAHUN SEKALI…

Sebahagian besar umat Islam di Kemboja hanya merasa daging SEKALI setahun..
Di desa terpencil di Kemboja, suasana sunyi mulai berubah ketika bunyi takbir mula bergema.
Anak-anak berlari ke masjid, wajah mereka ceria — bukan kerana pakaian baru,
tetapi kerana mereka tahu… hari ini mereka akan makan daging.
Bagi kita di Malaysia atau Singapura, daging mungkin sesuatu yang biasa.
Tapi bagi saudara Muslim kita di Kemboja, daging adalah rezeki luar biasa
yang hanya hadir sekali setahun, ketika tibanya Aidiladha.
sekitar 4% sahaja.
Kesan dari konflik masa lalu dan tekanan ekonomi yang berpanjangan, ramai antara mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Bagi mereka, daging adalah makanan yang amat jarang dinikmati, kerana harga daging lembu jauh melebihi kemampuan harian mereka. Hanya pada Hari Raya Aidiladha, barulah mereka dapat merasa nikmatnya daging hasil ibadah qurban.
Kenapa Pilih Qurban Bersama MTAQWAS ?
✅ Misi Kemanusiaan
Kemboja merupakan antara negara yang ramai Muslim miskin dan hidup dalam serba kekurangan.
✅ Proses Yang Telus
Setiap penyertaan akan disertakan dengan laporan penuh bergambar sebagai bukti pelaksanaan Qurban.
✅ Dilaksanakan Dengan Amanah
Qurban diselia oleh pasukan El Suffah yang berpengalaman di lokasi dan diurus mengikut Syariah dan profesional.
Harga Qurban Kemboja
1 Bahagian: RM 380
1 Ekor: RM 2,660
Tidak ada amalan anak Adam pada hari Raya Aidil Adha yang lebih dicintai Allah selain dari menyembelih haiwan Qurban.
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Qurban Tahun 2024

Suara Dari Kemboja
"Anak-anak kami jarang merasa daging. Terima kasih rakyat Malaysia & Singapura."
– Imam Zakariya
"Pertama kali keluarga saya makan daging tahun ini. Semoga Allah membalasnya."
– Kak Mariam